Tajuk : IMPAK AKTIVITI MANUSIA
TERHADAP PERSEKITARAN FIZIKAL PINGGIR PANTAI.
Pendahuluan
Pinggir Pantai merupakan zon yang
terletak di antara tikas air pasang dengan tikas air surut ombak. Pantai
merupakan satu jalur linear daratan yang terdiri daripada timbunan bahan mendak
yang peroi seperti pasir, kulit kerang dan siput, lumpur dan kelodak yang
berasal dari laut dan sungai.
Ekosistem terbentuk daripada semua unsur hidupan dan persekitaran
fizikalnya yang saling berinteraksi sesama sendiri melalui aliran tenaga dan
persekitaran bahan (Ismail 1989).
Menurut jamaludin Md jahi tahun 2009 menyatakan pinggir pantai adalah
Kawasan atau zon pertembungan diantara daratan, laut dan udara (atmosfera).
Selain itu, pinggir pantai juga dapat didefinisikan sebagai satu kawasan
jaluran daratan dan kawasan laut yang berada bersebelahan dengannya yang saling
bergantungan antara satu sama lain (Jamaludin Md Jahi, 2009). Secara khususnya pantai merupakan
satu jalur linear daratan yang terdiri daripada timbunan bahan mendak yang
peroi seperti pasir, kulit-kulit kerang dan siput, lumpur dan kelodak yang
berasal dari laut dan sungai.
Zon pinggir pantai merupakan suatu tempat yang sungguh menarik dan
cantik untuk dikunjungi, namun di sebaliknya kawasan ini perlu dipelihara dan
diurus dengan sebaik mungkin kerana ekosistemnya adalah sangat sensitif dan
rapuh sebagai contoh kawasan pinggir pantai di pantai timur semenanjung
Malaysia seperti di teluk cempedak ,pantai cahaya bulan dan pantai batu buruk .
Zon pinggir pantai juga merupakan
tempat pertemuan antara air laut dan daratan serta mempunyai kesesuaian untuk
pelbagai hidupan menghuni di kawasan ini dan kawasan ini juga mempunyai
ekosistem yang dinamik dan tersendiri seperti di negeri selangor iaitu di kampung
kuantan yang terkenal dengan kelip-kelip di kawsan muara sungai. Selain itu
disebabkan beberapa faktor tarikan seperti sumber pendapatan, tempat
perniagaan, perdagangan, penempatan dan sebagainya, menyebabkan kawasan ini
mengalami konflik dengan persekitarannya disebabkan oleh aktiviti manusia yang
tertumpu di kawasan ini.
Aktiviti manusia di kawasan pinggir
pantai.
Pembangunan
Kepesatan pembangunan pelancongan
telah mendedahkan zon pinggir pantai kepada agen-agen geomorfologi secara berterusan
terutama sekali di peringkat awal kerja-kerja pembinaan hotel, resort, chalet
dan sebagainya. Ini disebabkan oleh penebangan pokok-pokok pelindung pantai
bagi tujuan membina pelbagai bangunan yang berkaitan.
Menurut Hasni (2001) lagi, dalam perancangan pembangunan di sesuatu
kawasan seperti sebuah bandar baru, maklumat lengkap mengenai semua aspek
seperti jenis dan penggunaan tanah, kemudahan awam yang telah tersedia,
sempadan tanah serta sifat populasi. Penggunaan instrument perancangan alam sekitar
seperti penilaian impak alam sekitar (EIA), mampu menilai dan mengurangkan
impak akibat aktiviti pembangunan terutama di kawasan persisir pantai.
Kepesatan pembangunan di kawasan pinggir pantai perlu dinilai supaya tidak
memberi kesan kepada ekosistem.
Perlombongan pasir laut
Aktiviti perlombongan pasir laut merupakan aktiviti yang dilakukan untuk
meningkatkan kedalaman dasar laut serta meningkatkan kecuraman dasar laut .
aktiviti mendalamkan kecerunan kedalaman akan menyebabkan terbentuknya ombak
besar yang boleh memusnahkan morfologi pinggir pantai.
Perindustrian
Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air
laut . Jadi tumbuh-tumbuhan dan
haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan akan mati .
Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap menghalang
kemasukan sinaran matahari ke dalam air . sebagai contoh kawasan
perindustrian di pinggir pantai adalah kawasan perindustrian di gebeng Kuantan.
Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang malah air
laut juga berbau busuk.
Kawasan pinggir pantai yang sesuai dijadikan sebagai kawasan
perindustrian kerana berdekatan dengan kawasan pelabuhan . proses pengangkutan
menjadi semakin mudah kerana jarak kawasan adalah dekat sebagai contoh kawasan
perindustrian di kawasan gebeng , kuantan pahang darul makmur.
Penebangan hutan bakau
Penebangan hutan bakau yang tidak
terkawal pasti akan mendatangkan kesan buruk kepada ekosistem bumi kita. Jika
tiada usaha penanaman semula dilakukan, maka kita pasti akan terdedah dengan
kejadian buruk seperti tsunami.
Penggunaan kayu bakau dalam industri
pembinaan. Kayu bakau digunakan sebagai cerucuk dalam aktiviti pembinaan.
Petempatan
Aktiviti petempatan di kawasan pinggir pantai telah menyebabkan kawasan
pinggir pantai terdedah dengan masalah pencemaran berpunca dari aktiviti
pembuangan sampah. Penebangan hutan bakau bagi tujuan kawasan pembinaan
penempatan turut menjadi punca kepada masalah hakisan.
Kawasan pinggir pantai juga
dijadikan sebagai kawasan pertempatan bagi penduduk . sebagai contoh kawasan
pertempatan di kawasan kampung ice box di tawau. Kawasan pinggir pantai
dijadikan sebagai kawasan pertempatan masyarakat setempat.
Perikanan akuakultur
Pembinaan kolam-kolam akuakultur- kerja-kerja pembersihan dan penebangan
hutan paya bakau di pinggir pantai-menjejaskan ekosistem kawasan tersebut
seperti ketam nipah, ikan tembakul, lokan, dan
kerang malah turut membawa kepada
masalah hakisan.
Aktiviti perikanan akuakultur dijalankan sebagai salah satu sumber
ekonomi masyarakat. Sebagai contoh kawasan perikanan akuakultur di kawasan
semporna ,sabah.
Rujukkan
Goodhead. T. and Johnson. D,
1996, Coastal Recreation And Management:
The Sustainable Development Of Maritime Leisure. E & F.N. Spon Publishing. London.Jackson,
R. T. (1973). Problems of Tourist to Developing On The Kenya Coast. Geography.
58: hlmn 62-65
John J. Wiens, 2009, Historical
Biogeography, Ecology and Species Richness, 1Department of Ecology and
Evolution, Stony Brook University, TRENDS in Ecology and Evolution Vol.19 No.12
December 2004
Jamaluddin Md Jahi, 2009, Pembangunan
Pelancongan dan Impaknya terhadap Persekitar Fizikal Pinggir Pantai.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),
2001, The Devolopment Related to River and Reserve
KOH CHER SHEN, 2008, TEORI DAN
PRINSIP PERANCANG BANDAR, JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA PULAU PINANG
Katiman Rostam, Pembandaran dan
Masalahnya, Mahakarya, 1983 - Political Science - 61 pages
Mohd Hasni bin Hi Jaafar, 2001,
KESIHATAN PERSEKITARAN DALAM PERANCANGAN BANDAR, Jurnal Kesihatan Masyarakat
Jilid 7: 2001
jalan2.. terjumpa beeelooogg mu.. hehehe
ReplyDelete-aisyah kunak-