Saturday 18 May 2013

kontrak sosial dan konsep setuju tidak bersetuju

kontrak sosial

Teori mengenai kontrak sosial telah diutarakan sarjana barat yang merupakan ahli teori demokratik iaitu Thomas hobbes dan John locke yang berpendapat kontrak sosial ialah manusia yang cuba untuk mewujudkan sesebuah negara melalui perjanjian bersama dimana setiap individu dalam sesebuah negara akan bersetuju dengannya4.Kontrak juga dapat didefinisikan sebagai individu-individu yang bebas untuk bersetuju bagi menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat5.

Kontrak boleh juga didefinisikan sebagai satu perjanjian formal dengan mewujudkan syarat-syarat tertentu antara du pihak atau lebih6. Kontrak juga bermaksud satu dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau pun undang-undang yang berkaitan dengan kontrak. Manakala sosial pula bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat7. Maka kontrak sosial boleh digabungkan untuk ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjiann atau permuafakatan yang bertulis dan telah ditetapkan oleh undang-undang atau perlembagaan yang melibatkan kesemua masyarakat dalam sesebuah negara.

Di malaysia kontrak sosial merupakan satu persefahaman antara kaum yang telah dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan dalam kalangan rakyat dan juga pemimpin yang terdiri daripada kaum melayu, cina dan india. Persetujuan kontrak sosial juga telah dipersetujui oleh parti-parti yang diwakili oleh mereka iaitu seperti parti UMNO,MCA dan MIC. Secara hakikatnya istilah kontrak sosial tidak wujud dalam perlembagaan persekutuan 1957 namun istilah kontrak sosial wujud apabila terdapat permuafakatan atau persetujuan yang telah dicapai antara kaum yang akan menentukan sifat sesebuah negara.Oleh itu, kontrak sosial yang telah dipersetujui perlu untuk dijadikan sebagai rujukan asas untuk menegakkan keadilan sosial di negara malaysia ini8.

konsep setuju tidak bersetuju

Konsep bersetuju untuk tidak bersetuju ialah perbezaan pendapat antara Umno,Mca dan Mic terhadap beberapa perkara yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanah melayu 1957.Seperti isu bahasa,hak kerakyatan,hak istimewa orang melayu dan sistem penddidikan.