Monday 11 June 2012

impak aktiviti manusia di kawasan pinggir pantai


Tajuk : IMPAK AKTIVITI MANUSIA TERHADAP PERSEKITARAN FIZIKAL PINGGIR PANTAI.
Pendahuluan
     Pinggir Pantai merupakan  zon yang terletak di antara tikas air pasang dengan tikas air surut ombak. Pantai merupakan satu jalur linear daratan yang terdiri daripada timbunan bahan mendak yang peroi seperti pasir, kulit kerang dan siput, lumpur dan kelodak yang berasal dari laut dan sungai.
     Ekosistem terbentuk daripada semua unsur hidupan dan persekitaran fizikalnya yang saling berinteraksi sesama sendiri melalui aliran tenaga dan persekitaran bahan (Ismail 1989).
      Menurut jamaludin Md jahi tahun 2009 menyatakan pinggir pantai adalah Kawasan atau zon pertembungan diantara daratan, laut dan udara (atmosfera). Selain itu, pinggir pantai juga dapat didefinisikan sebagai satu kawasan jaluran daratan dan kawasan laut yang berada bersebelahan dengannya yang saling bergantungan antara satu sama lain (Jamaludin Md Jahi, 2009). Secara khususnya pantai merupakan satu jalur linear daratan yang terdiri daripada timbunan bahan mendak yang peroi seperti pasir, kulit-kulit kerang dan siput, lumpur dan kelodak yang berasal dari laut dan sungai.
     Zon pinggir pantai merupakan suatu tempat yang sungguh menarik dan cantik untuk dikunjungi, namun di sebaliknya kawasan ini perlu dipelihara dan diurus dengan sebaik mungkin kerana ekosistemnya adalah sangat sensitif dan rapuh sebagai contoh kawasan pinggir pantai di pantai timur semenanjung Malaysia seperti di teluk cempedak ,pantai cahaya bulan dan pantai batu buruk .
     Zon pinggir pantai juga merupakan tempat pertemuan antara air laut dan daratan serta mempunyai kesesuaian untuk pelbagai hidupan menghuni di kawasan ini dan kawasan ini juga mempunyai ekosistem yang dinamik dan tersendiri seperti di negeri selangor iaitu di kampung kuantan yang terkenal dengan kelip-kelip di kawsan muara sungai. Selain itu disebabkan beberapa faktor tarikan seperti sumber pendapatan, tempat perniagaan, perdagangan, penempatan dan sebagainya, menyebabkan kawasan ini mengalami konflik dengan persekitarannya disebabkan oleh aktiviti manusia yang tertumpu di kawasan ini.


Aktiviti manusia di kawasan pinggir pantai.   
Pembangunan
    Kepesatan pembangunan pelancongan telah mendedahkan zon pinggir pantai kepada agen-agen geomorfologi secara berterusan terutama sekali di peringkat awal kerja-kerja pembinaan hotel, resort, chalet dan sebagainya. Ini disebabkan oleh penebangan pokok-pokok pelindung pantai bagi tujuan membina pelbagai bangunan yang berkaitan.
    Menurut Hasni (2001) lagi, dalam perancangan pembangunan di sesuatu kawasan seperti sebuah bandar baru, maklumat lengkap mengenai semua aspek seperti jenis dan penggunaan tanah, kemudahan awam yang telah tersedia, sempadan tanah serta sifat populasi. Penggunaan instrument perancangan alam sekitar seperti penilaian impak alam sekitar (EIA), mampu menilai dan mengurangkan impak akibat aktiviti pembangunan terutama di kawasan persisir pantai. Kepesatan pembangunan di kawasan pinggir pantai perlu dinilai supaya tidak memberi kesan kepada ekosistem.
Perlombongan pasir laut
   Aktiviti perlombongan pasir laut merupakan aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan kedalaman dasar laut serta meningkatkan kecuraman dasar laut . aktiviti mendalamkan kecerunan kedalaman akan menyebabkan terbentuknya ombak besar yang boleh memusnahkan morfologi pinggir pantai.


Perindustrian
     Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut . Jadi tumbuh-tumbuhan  dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan akan mati . Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap menghalang kemasukan sinaran matahari ke dalam air . sebagai contoh kawasan perindustrian di pinggir pantai adalah kawasan perindustrian di gebeng Kuantan. Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang malah air laut juga berbau busuk.
      Kawasan pinggir pantai yang sesuai dijadikan sebagai kawasan perindustrian kerana berdekatan dengan kawasan pelabuhan . proses pengangkutan menjadi semakin mudah kerana jarak kawasan adalah dekat sebagai contoh kawasan perindustrian di kawasan gebeng , kuantan pahang darul makmur.
Penebangan hutan bakau
Penebangan hutan bakau yang tidak terkawal pasti akan mendatangkan kesan buruk kepada ekosistem bumi kita. Jika tiada usaha penanaman semula dilakukan, maka kita pasti akan terdedah dengan kejadian buruk seperti tsunami.
Penggunaan kayu bakau dalam industri pembinaan. Kayu bakau digunakan sebagai cerucuk dalam aktiviti pembinaan.
Petempatan
    Aktiviti petempatan di kawasan pinggir pantai telah menyebabkan kawasan pinggir pantai terdedah dengan masalah pencemaran berpunca dari aktiviti pembuangan sampah. Penebangan hutan bakau bagi tujuan kawasan pembinaan penempatan turut menjadi punca kepada masalah hakisan.
     Kawasan pinggir pantai juga dijadikan sebagai kawasan pertempatan bagi penduduk . sebagai contoh kawasan pertempatan di kawasan kampung ice box di tawau. Kawasan pinggir pantai dijadikan sebagai kawasan pertempatan masyarakat setempat.
Perikanan akuakultur
    Pembinaan kolam-kolam akuakultur- kerja-kerja pembersihan dan penebangan hutan paya bakau di pinggir pantai-menjejaskan ekosistem kawasan tersebut seperti ketam nipah, ikan tembakul, lokan, dan  kerang  malah turut membawa kepada masalah hakisan.
     Aktiviti perikanan akuakultur dijalankan sebagai salah satu sumber ekonomi masyarakat. Sebagai contoh kawasan perikanan akuakultur di kawasan semporna ,sabah.


Rujukkan

Goodhead. T. and  Johnson. D,  1996, Coastal Recreation And Management:  The Sustainable Development Of Maritime Leisure.  E & F.N. Spon Publishing. London.Jackson, R. T. (1973). Problems of Tourist to Developing On The Kenya Coast. Geography. 58: hlmn 62-65
John J. Wiens, 2009, Historical Biogeography, Ecology and Species Richness, 1Department of Ecology and Evolution, Stony Brook University, TRENDS in Ecology and Evolution Vol.19 No.12 December 2004
Jamaluddin Md Jahi, 2009, Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap Persekitar Fizikal Pinggir Pantai.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), 2001, The Devolopment Related to River and Reserve
KOH CHER SHEN, 2008, TEORI DAN PRINSIP PERANCANG BANDAR, JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA PULAU PINANG
Katiman Rostam, Pembandaran dan Masalahnya, Mahakarya, 1983 - Political Science - 61 pages
Mohd Hasni bin Hi Jaafar, 2001, KESIHATAN PERSEKITARAN DALAM PERANCANGAN BANDAR, Jurnal Kesihatan Masyarakat Jilid 7: 2001

1 comment:

  1. jalan2.. terjumpa beeelooogg mu.. hehehe
    -aisyah kunak-

    ReplyDelete