Thursday 1 March 2012


Hidrologi
      Hidrologi merupakan bidang sains yang mengambil merangkumi  air dan prosesnya  di dunia ini, kewujudan, pusingan dan taburan, sifat kimia dan fizik dan tindak balas dengan persekitaran termasuk pertalian dengan benda-benda hidup (Ad-Hoc Panel on Hydrology of the Federal Council for Scince and Technology USA). Hidrologi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji proses-proses yang melibatkan elemen air berada di permukaan bumi yang mengalami tindak balas dengan elemen-elemen lain di bumi. “Satu sains berkaitan dengan sifat (properties)bentuk air ,air boleh dibahagikan kepada tiga bentuk utama iaitu bentuk cecair , bentuk pepejal dan juga dalam bentuk gas, taburan (distribution)taburan air juga boleh dibahagikan kepada 2 taburan iaitu taburan di darat dan juga taburan di laut, dan Kitaran (Circulation) air khususnya kajian air on the surface of the land, in the soil and underlying rocks dan in the atmosphere (Webster’s Third New International Dictionary, 1661).
     Kajian hidrogi adalah merangkumi kajian-kajian yang mengenai sifat-sifat air ,termasuk sifat-sifat kimia dan biologi yang berkaitan dengan alam sekitar. Air merupakan bahan asas kepada kejadian semua benda hidup (Al-Quran : Al-Anbiya : 30). Semua makluk hidup di bumi memerlukan air untuk hidup. Sebagai contoh manusia memerlukan air untuk minuman , dan juga penggunaan harian(domestik). Antara contoh kegunaan domestik termasuklah untuk air minum, memasak, mandi, mencuci rumah dan kereta, sanitari, menyiram taman serta membasuh pakaian dan pinggang mangkuk.
     Hidrologi merupakan pengkajian mengenai proses dan pengangihan terhadap air secara menyeluruh dan melibatkan element-elemen semulajadi lain seperti melalui bidang geologi , geofizik , meteorologi , klimatologi ,ekologi dan juga kejuruteraan (UNESCO, unesco –ihe ,delf , netherlands). Pengurusan dan perancangan sungai (termasuk juga sumber air) yang berkesan bergantung kepada kefahaman pentadbir, jurutera dan ahli perancang mengenai ciri hidrologi sesebuah lembangan. Kebanyakan proses dan maklum balas yang berkaitan dengan kerja sungai banyak dicirikan oleh letakan lembangan sungai di dalam wilayah hidrologi yang berbeza.
          “Hidrologi adalah bidang kajian  sains yang mempunyai berkaitan dengan proses mengurus kesuburan (replenishment) dan ketandusan (depletion) sumber air di kawasan daratan dunia (Wisler and Brater, 1959). Secara  Kesimpulan : Hidrologi ialah kajian variasi dan kepelbagaian secara ruangan dan masa terhadap komponen-kompenan yang terlibat dalam  kitaran air di daratan, lautan dan atmosfera. air mempunyai tiga bentuk fizikal iaitu cecair , pepejal dan gas.  Disamping itu ia mengkaji pergerakan dan simpanan air di atas dan bawah tanah, sifat dan proses-proses kimia dan fizikal serta kajian proses-proses biologi yang mempengaruhi simpanan dan pergerakan air serta hubungan dan pengaruhnya dengan persekitaran.

1 comment: