Thursday 19 January 2012


Tumbuhan menumpang(parasit)  di kawasan war memorial park di  pekan kundasang , ranau ,sabah.
Pengenalan
Tumbuhan parasit boleh didefinisikan sebagai tumbuhan yang hidup dan organisma yang  menumpang  pada tumbuhan lain melalui tissuues tumbuhan lain.tumbuhan ini juga bercamtum dengan  tisue tumbuhan  yang ditumpang untuk menyerap mineral dari  tumbuhan tersebut(Parasitic plants By Malcolm C. Press).
      Tumbuhan  adalah makluk hidup yang sangat penting , kehidupan tidak akan berlangsung terus apabila tidak ada tumbuh-tumbuhan (IPA SERI 9 MAKLUK HIDUP  TUMBU-TUMBUHAN by drs.hasan amin).tumbuhan terbahagi kepada dua iaitu berbunga dan tidak berbunga.

Latar belakang kajian
      Ranau merupakan salah sebuah  daerah yang terletak di negeri sabah . ranau terletak di kawasan pantai barat utara negeri sabah . daerah ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30’ U dan 6° 25’ U dan garisan bujur (Longtitude) 116° 30’ dan 117° 5’ T dan di kelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Kinabatangan, Beluran dan Kota Belud(Borneo: Sabah, Brunei, Sarawak  By Tamara Thiessen).
     Kundasang merupakan salah satu kawasan yang terletak di kawasan daerah ranau dan merupakan kawasan tarikan utama pelancong di kawasan ranau .kawasan kundasang terletak enam kilometer dari kawasan taman negara kinabalu. kawasan kundasang kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan juga merupakan  habitat untuk tumbuhan  menumpang (parasit).
     Kundasang war memorial park telah di lancarkan pada tahun 1962 , memorial ini nau semasa perang dunia kedua. Kedudukan war memorial  park yang dikelilingi oleh tumbuhan menyebabkan  berlakunya proses penumpangan tumbuh-tumbuhan  yang juga digelar sebagai  tumbuhan parasit. Tumbuhan ini bergantung kepada tumbuhan  lain untuk meneruskan proses kelangsungan hidup .

Kawasan kajian
War memorial park , kundasang , ranau , sabah, malaysia .


Matlamat:
·         Menjelaskan proses dan bentuk dalam sistem biosfera, saling kebergantungan antara tumbuhan pengeluar dan juga tumbuhan parasit.
Elemen kajian
Elemen utama : tumbuhan parasit di kawasan war memorial park , kundasang , ranau ,sabah.
Elemen sokongan : tumbuhan pengeluar , cahaya matahari , udara , air dan kandungan mineral.
Objektif kajian
·         Mengkaji hubungan antara pokok  pengeluar dan juga tumbuhan menumpang .
·         Mengenalpasti sumber makanan dan bahan mineral yang diperoleh oleh tumbuhan menumpang untuk meneruskan kelansungan  hidup.
·         Mengenalpasti salah satu sub - sistem biosfera
·         Mengenalpasti peranan setiap individu dalam system tersebut .
·         Menghasilkan satu kitaran atau jaringan makanan melalui ekosistem yang dipilih.
    
 Kaedah kajian
       Kaedah kajian yang digunakan didalam kajian ini adalah dengan mengunakan kaedah pemerhatian dan rujukkan bahan sekunder.
Kaedah pemerhatian : memerhati kawasan yang mempunyai tumbuhan parasit di war memorial park.
Kaedah rujukkan bahan sekunder: menganalisis maklumat mengunakan bahan yang telah dihasilkan seperti jurnal dan juga buku-buku rujukkan.






Hasil kajian
·         Mengenalpasti salah satu sub - sistem biosfera
Salah satu sub sistem dalam biosfera merupakan tumbuh-tumbuhan .tumbuh-tumbuhan terbahagi kepada dua jenis tumbuhan iaitu tumbuhan berbunga dan juga tumbuhan tidak berbunga. Salah satu dalam sistem tumbuhan adalah tumbuhan menumpang atau juga dikenali sebagai tumbuhan parasit . tumbuhan parasit @ tumbuhan  menumpang ini  merupakan tumbuhan yang bergantung kepada tumbuhan lain untuk meneruskan hidup. Tumbuhan menumpang ini memerlukan batuan tumbuhan lain untuk mendapatkan  bahan-bahan mineral bagi menjalankan proses pembesaran dan juga proses fotosistesis(physical geography ,introduction to earth ,k.bharatdwaj).
     Tumbuhan parasit menyebarkan biji benihnya melalui penyebaran melalui angin dan juga melalui haiwan. Penyebaran melalui angin berlaku apabila angin membawa debu benih tumbuhan tersebut. Debu benih tumbuhan akan membiak apabila menemui tumbuhan pengeluar dan menumpang di pokok tersebut. Penyebaran melalui haiwan berlaku apabila haiwan seperti burung memakan benih tumbuhan menumpang . penyebaran beji benih berlaku melalui najis yang dikeluarkan oleh haiwan tersebut(physical geography ,introduction to earth ,k.bharatdwaj).
·         Mengenalpasti peranan setiap individu dalam sistem tersebut
Antara peranan manusia  dalam sistem tumbuhan menumpang untuk mengekalkan keindahan alam semulajadi di kawasan war memorial park ,kundasang adalah melalui penjagaan kawasan persekitaran  war memorial park. Terdapat  individu yang bertanggungjawab  dalam penjagaan kawasan persekitaran war memorial park tersebut. Golongan ini telah diupah untuk menjaga kawasan tersebut untuk mengekalkan kawasan persekitaran dan juga menghalang perubahan  yang dilakukan oleh unsur-unsur asing daripada mengubah  kawsan persekitaran tersebut. Kemasukkan pelancong dari dalam dan luar negara yang melawat kawasan war memorial park adalah antara unsur-unsur asing yang mempengaruhi kawasan persekitaran . terdapat segelintir daripada pelancong mengambil kesempatan di kawasan tersebut seperti merosakkan habitat tumbuhan.  Terdapat antara mereka mematahkan , menarik , mencabut dan juga merosakkan tumbuhan menumpang tersebut. Mereka juga mengambil tumbuahan ini sebagai kenangan tanpa pengatahuan penjaga kawasan war memorial park.
      Peranan kerajaan juga terlibat iaitu melalui startegi perlindungan : penzonan kawasan . sebagai strategi perlindungan kawasan , kawasan war memorial park juga termasuk dalam kawasan zon perlindungan . ini membolehkan pihak pengurusan taman ini mengawal dan menghadkan kemasukkan  dan pergerakkan para pengunjung dan seterusnya dapat melindungi sesuatu kawasan sebaik mungkin mengikut nilai dan potensinya (pemeliharaan tumbuh-tumbuhan  ,tempatan :kajian kes taman kinabalu ,jamili nais (ahli ekologi taman ,taman kinabalu)).
       Pemuliharaan spesis merupakan pendekatan pemuliharaan  keseluruhan habitat . pendekatan pemuliharaan keseluruhan habitat memelihara seluruh kandungan dan kepelbagaian flora sesuatu kawasan itu tetapi tidak pula menumpukkan perhatian khusus kepada sesuatu spesis .oleh yang demikian ,spesis tumbuhan yang jarang ditemui , atau endemik kepada sesuatu kawasan itu , atau mempunyai status terancam dan memerlukkan  pendekatan pemuliharaan ex situ sebagai tambahan dan pelengkap kepada usaha pemuliharaan habitat(pemeliharaan tumbuh-tumbuhan  ,tempatan :kajian kes taman kinabalu ,jamili nais (ahli ekologi taman ,taman kinabalu)).
     Antara unsur flora yang dianggap istimewa adalah orkid sepatu (paphiopedilum rothschildianum). Daripada 70 spesis orkid sepatu yang terdapat diseluruh dunia , 22 spesis daripadanya adalah dalam keadaan terancam  termasuk  paphiopedilum rothschildianum yang berada di dua kawasan di seluruh dunia salah satunya berada di kawasan kundasang(pemeliharaan tumbuh-tumbuhan  ,tempatan :kajian kes taman kinabalu ,jamili nais (ahli ekologi taman ,taman kinabalu)).

·         Mengkaji hubungan antara pokok  pengeluar dan juga tumbuhan menumpang .
     Tedapat hubungkait antara pengeluar dan juga tumbuhan menumpang . tumbuhan menumpang memerlukan pokok pengeluar untuk tujuan mendapatkkan bahan mineral yang diperlukkan untuk tujuan fotosistesis. Pokok parasit berada dikawasan atas ataupon  melekat  pada pokok pengeluar yang ditumpang oleh tumbuhan parasit tersebut. Antara bahan yang diperlukan oleh tumbuhan parasit dari pokok pengeluar adalah bahan mineral , air ,dan juga zat hijau. Tumbuhan parasit akan mengekplotasikan  pokok pengeluar intuk memperolehi bahan mineral untuk tujuan fotosintesis (plant genetics and molecular biology , by gurbachan s.miglani ,Phd).

·         Mengenalpasti sumber makanan dan bahan mineral yang diperoleh oleh tumbuhan menumpang untuk meneruskan kelansungan  hidup.
    Tumbuhan dapat membuat makanannya sendiri. Cara tumbuhan membuat makanannya itu disebut fotosin-tesis . Istilah fotosintesis berasal dari bahasa Yunani, yang artinya pembentukan makanan menggunakan cahaya (foto=cahaya,sintesis=pembentukan). Cahaya matahari merupakan sumber tenaga yang paling besar , secara lansung dan juga secara tidak lansung untuk semua jenis bentuk habitat(encyclopaedia of plant ecology ,shehzad ahmad . m/s73). Cahaya dapat berasal dari matahari ataupun lampu. Cahaya diserap oleh tumbuhan melalui zat hijau daun yangdisebut klorofil. Klorofil Tumbuhan membuat makanannya di dalam kloroplast.
     Bahan-bahan yang digunakan tumbuhan untuk membuat makanannya adalah zat hijau daun, air, karbon dioksida, dan cahaya matahari ataupun lampu. terdapat pada kloroplas didalam sel-sel daun(IPA SERI 9 MAKLUK HIDUP  TUMBUh-TUMBUHAN by drs.hasan amin). Air menutupi seluas 73% daripada permukaan bumi dan merupakan antara pengeluar utama yang diperlukan oleh setiap jenis habitat yang  berada dikawasan biosfera. Air bertindak sebagai faktor pengawal utama untuk setiap organisma (m/s195 ,encyclopaedia of plant ecology ,shehzad ahmad). Air diperoleh tumbuhan dari dalam tanah. Air dari tanah diserap oleh akar. Setelah itu, air disalurkan ke daun melalui pembuluh angkut (xilem).
       Gas karbon dioksida diperoleh dari udara yang masuk ke dalam mulut daun (stomata). Adapun cahaya diserap oleh klorofil.         



·         Menghasilkan satu kitaran atau jaringan makanan melalui ekosistem yang dipilih.
     Berikut merupakan kitaran atau jaringan makanan tumbuhan parasit yang berada di kawasan war memorial park ,kundasang . jaringan makanan  dan kitaran ini merupakan jaringan yang dilalui oleh tumbuhan parasit.


Kesimpulan
Hasil daripada kajian ini telah menjelaskan proses dan bentuk dalam sistem biosfera.  Saling kebergantungan antara tumbuhan menumpang dan tumbuhan pengeluar jelas menunjukkna proses dan bentuk yang berlaku di dalam sistem biosfera.
     Peranan individu dan juga pihak berkuasa dalam memulihara dan menjaga tumbuhan menumpang juga dapat dilihata menerusi kaedah pengzonan kawasan untuk tujuan pemuliharaan.
     Hasil kajian juga telah menjelaskan hubungan antara pokok pengeluar dan juga tumbuhan menumpang melalui proses kitaran makanan iaitu proses fotosistesis.  Sumber makanan dan bahan mineral yang diperoleh tumbuhan parasit untuk meneruskan  kelansungan hidup adalah melalui pokok pengeluar .
     Hasil kajian juga telah ditunjukkan melalui penghasilan satu kitaran dan juga jaringan makanan antara tumbuhan pengeluar dan juga tumbuhan menumpang

No comments:

Post a Comment